Thursday, March 18, 2010

Keluar dan keluar

DSAI hari ini sekali lagi telah keluar Dewan Rakyat apabila 'sahabat' lamanya mendedahkan segala muslihat untuk bertahta di 'Putrajaya'.

Dato Zaharain MP bayan baru dalam Dewan Rakyat telah mendedahkan segala konspirasi DSAI selama ini bagi menuju puncak kuasa di putrajaya.

Antara pendedahan yang dibuat;

-Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan. Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

-”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”

Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi

06/03/2010 6:49pm


PETALING JAYA 6 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.

Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.

Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti beragama Islam, katanya, situasi majoriti ahli panel yang beragama Kristian tidak boleh diterima kerana isu kalimah Allah membabitkan penganut agama berkenaan secara langsung. – Utusan

from utusan online