Sunday, January 31, 2010

Apabila Ia Bukan Milik Kita...Maka....

Sudah menjadi lumrah apabila apa yg dihajatkan tidak kesampaian maka mulalah episod untuk menunding salah kepada org lain. Sedangkan muhasabah jln yg dituntut tidak perlah dilakukan. Memilih satu tindakan ekstrem adalah keutamaan... Adakah ini mencerminkan tindakan seorang MAHASISWA???

Universiti Malaya

Gambar di atas menunjukkan mahasiswa Pro-M UM membantah penggunaan e-voting. Mungkin kerana perlaburan yang banyak telah digunakan untuk PRK kali ini...Banyak duit mereka utk membuat benner,baju,poster dan badut... Siapa yg SPONSER Pro M? Kalau menang mungkin tiada bantahan?

Gambar di atas menunjukkan bantahan daripada pihak Pro M UKM pada 28/01/2010. Cubaan mmenyerbu masuk ke dalam tempat pengiraan undi.


KEPUTUSAN PRK


UM - PRO ASPRIRASI 24, PRO-M 17


UKM- PRO ASPIRASI 21, PRO 13

Monday, January 25, 2010

Mahasiswa Masa Hadapan: Realiti Atau Fantasi


Apabila diungkap perkataan mahasiswa terbayang di kotak fikiran ialah orang cerdik pandai dan berpengetahuan tinggi. Golongan ini amat disanjung tinggi oleh masyarakat kerana ilmu yang dimiliki. Namum begitu, tanggapan sebegitu hanya boleh diguna pakai pada awal tahun 80’an hingga 90’an. Zamam melenium menyaksikan bahawa makna mahasiswa itu tersebut tidak mampu lagi digalas oleh mereka yang bergelar mahasiswa. Perkataan mahasiswa itu sendiri menggambarkan atau membawa maksud yang begitu tinggi.

Mahasiswa hari ini dianggap lesu, tidak berkualiti dan tidak mampu bersaing diperingkat glokal. Tanggapan sebegini biasa kedengaran kerana pelbagai masalah yang sering ditumbulkan oleh mahasiswa itu sendiri. Kadang- kala masalah atau isu yang ditimbulkan mengaibkan perkataan “mahasiswa” dan menggambarkan bahawa mahasiswa telah mencemarkan keintelektualan mereka sendiri. Isu penggangguran mahasiswa memburukkan lagi keadaan. Para majikan melebelkan mahasiswa hari ini gagal memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Tanggapan sebegini harus ditepis dengan mahasiswa itu sendiri harus bagkit dan bangun untuk membuktikan bahawa tuduhan sebegitu tidak tepat sama sekali.

Aspek utama yang perlu dititik beratkan oleh mahasiswa adalah penguasaan ilmu pengetahuan yang melangkaui sempadan. Penguasaan ilmu ini amat penting dalam mahasiswa mengharungi cabaran yang semakin kompetatif ini. Tanpa pengusaan ilmu sebegini, akan membuatkan mahasiswa itu sendiri ketinggalan dek masa dan globalisasi yang semakin laju dan tidak pernah menunggu sesiapa. Apabila penguasaan ilmu menjadi teras utama agenda pembangunan mahasiswa secara tidak langsung akan membuatkan mahasiswa itu telah keluar daripada kejumudan fikiran dan sempadan ilmu yang ada. Ini akan menjadikan mahasiswa mempunyai keyakinan yang tinggi dan mampu untuk mengahasilkan sesuatu yang boleh membanggakan diri, keluarga dan universiti. Oleh itu mahasiswa harus keluar dari kepompong yang terisi di dalamnya keseronokan dan kelekaan yang menyebabkan terbatasnya penguasaan ilmu itu sendiri. Menerokai segala bidang ilmu pengetahuan sebanyak mungkin bagi memperkasakan diri tanpa mengenal erti jemu dan perkatann “SAYA TIDAK BOLEH”.

Ternyata negara kita memerlukan lebih ramai golongan cerdik pandai dalam meneruskan agenda pembangunan negara bagi manuju wawasan 2020. Mahasiswa harus memainkan peranan penting dan mengambil tempat yang terbaik dalam agenda tersebut melalui penguasaan ilmu melangkaui batasan. Kekurangan saintis, jurutera, doktor dan golongan cendikiawan yang hebat dan disegani seharusnya diisi oleh mahasiswa hari ini yang dikatakan sebagai pewaris negara masa hadapan.

Jika dilihat hari ini, teknologi semakin pantas meninggalkan manusia yang leka. Penguasaan ilmu ini akan membuatkan mahasiswa itu mampu bergerak dan berlari seiring dengan perkembangan teknokogi. Apa yang boleh dibanggakan lagi apabila mahasiswa menjadi penggerak dan pemacu kepada perkembangan teknologi itu sendiri. Ini boleh dilakukan jika penguasaan ilmu pengetahuan tanpa sempadan ada pada mahasiswa.

Agenda untuk memperkasakan mahasiswa perlu diambil perhatian oleh semua golongan mahasiswa. Apabila sudah menguasai ilmu, mahasiswa perlu mempunyai towering personality dan modal insan yang tinggi. “Towering personality” ini amat penting bagi mahasiswa hari ini dalam mengaharungi cabaran yang semakin tidak mengenal sempadan. Ini turut meliputi aspek “soft skill” mahasiswa itu sendiri. Penampilan dan personaliti mahasiswa harus mengikuti standart yang diperlukan tanpa melupakan pegagangan agama yang satu. Ini akan menggambarkan mahasiswa itu mempunyai identiti kelas pertama. Sememangnya mahasiswa harus mencerminkan peribadi yang terbaik setanding dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki. . Pegangan agama yang kuat perlu dititik beratkan agar pekembangan ilmu selari dengan tuntutan agama. Ini bagi memastikan mahasiwa mengetahui dan berada landasan yang tepat dalam meneruskan agenda pembangunan mahasiswa. Secara tidak langung pegangan dan nilai-nilai murni yang dituntut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seperti jujur, amanah, rajin hormat menghormati, berdaya saing dan sebagainya.

Keyakinan yang tinggi juga dituntut untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti. Tanpa keyakinan, mahasiswa tidak akan mampu melakukan yang terbaik dan mahasiswa tidak akan berani untuk memulakan sesuatu yang boleh mencetus kepada pembaharuan untuk kepentinagan bersama. Berbekalkan keyakinan ini akan membantu mahasiswa untuk menjadi insan yang berkualiti dan mampu memenuhi kehendak nagara dan masyarakat.

Seterusnya, mahasiswa itu sendiri perlu bersatu tanpa mengira idealogi dalam aspek pembagunan mahasiswa itu sendiri. Perbezaan idealogi seharusnya tidak menjadi sesuatu penghalang untuk mahasiswa bersatu. Ini amat merugikan mahasiswa itu sendiri. Kejumudan dan taksub kepada sesuatu idealogi sehingga belaku jurang yang amat besar boleh mencemarkan keintelektualan mahasiswa. Seharusnya, berfikiran di luar kotak pemikiran biasa, terbuka dan rasional perlu menjadi sifir dalam kehidupan mahasiswa. Ini akan menjadikan mahasiswa itu mempunyai pemikiran kelas pertama kerana mampu bersatu dan memikirkan tentang agenda pembangunan mahasiswa tanpa ada jurang dan penghalang walaupun berlainan idealogi. Sikap sebegini yang harus ditonjolkan oleh mahasiswa hari ini. Perlu ada satu anjakan paradigma sekiranya ingin melihat sesuatu pembaharuan untuk kepentingan mahasiswa itu sendiri. Jangan jadikan “mahasiswa” sebagai boneka pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjayakan agenda mereka.

Mahasiswa harus sedar dan bangkit dan mula memikirkan sesuatu yang cukup berharga iaitu pembangunan mahasiswa dalam pelbagai aspek. Jadikanlah gelaran “mahasiswa” sebagai panduan dan buktikan bahawa “mahasiswa anak merdeka” mampu melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, universiti, agama, bangsa dan negara. Jadilah mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bangunlah, berfikirlah, mentafsirlah sebaik mungkin sama ada melangkah kehadapan atau undur kebelakang yang dipilih sebagai orakan seterusnya.

Wednesday, January 20, 2010

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

1. Agama Islam sebagai agama rasmi;
2. Kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
4. Soal kerakyatan


Antara Perkara-Perkara yang penting

Kedudukan Agama Islam


Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)
- ekonomi : Perkara 153 (6)
- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Kewarganegaraan

Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras. Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

- Perolehan Kewarganegraan

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

- Penamatan Kewarganegaraan

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

-Peruntukan Tambahan

Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarganegaraannya:

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan
daripada negara lain

-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia
kepada negara.


Kebebasan Hak Asasi

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak-Hak Asasi ini meliputi :

Perkara 5 : Kebebasan Diri
Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa)
Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah
Perkara 8 : Hak Kesamarataan
Perkara 9 : Hak Kebebasan Bergerak
Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
Perkara 11 : Kebebasan Beragama
Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan
Perkara 13 : Hak Terhadap Harta


Penubuhan Majlis Raja-raja
Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 38(1)

Keahlian Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja hendaklah terdiri daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua bagi Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja.

Peranan Majlis Raja-raja Sebagai Pelindung Agama Islam, Bangsa Melayu dan Anak Negeri Negeri Sabah dan Sarawak.

Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.
Perkara 38 (5)

Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Perkara 153 (1)

Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat.
Perkara 3(2)

Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
Perkara 3(3)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
Perkara 3(5)

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya hak-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:

• Perkara 149 – Perbuatan Subversif
• Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat
• Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
• Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 2009

Monday, January 18, 2010

Tahniah Dato Seri Najib


RIYADH 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu Anugerah Raja Abdulaziz Kelas Pertama, menyifatkan ia satu manifestasi hubungan yang sangat akrab antara kedua-dua negara.

Anugerah itu yang dikenali sebagai King Abdulaziz Order Of Merit (1st Class) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin negara yang memberikan sumbangan dalam merapatkan hubungan dengan Arab Saudi. Antara mereka yang pernah menerima anugerah tersebut ialah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Presiden AS, Barack Obama.
petikan dari utusan malaysia

Seluruh warga Malaysia berbangga atas pengurniaan King Abdulaziz Order Of Merit (1st Class) kepada PM 1 Malaysia kita.

Tuesday, January 12, 2010

APA LAGI YG INGIN DIPINTA?

















































Perkara 3, Perlembagaan
Persekutuan menyatakan, (1) "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Boleh diamalkan secara bebas selagi ianya tidak menggugat perasaan dan ketenteraman penganut agama Persekutuan yang majoritinya lebih besar.

Kenapa masih ada lagi yang tidak atau malas nak faham tentang perkara ini. Sebagai warganegara, amat perlu untuk kita fahami dan terima apa yang termaktub dalam perlembagaan bagi menghormati dan keharmonian tanah air ini.

Malaysia sebuah negara unik kerana berbilang bangsa, agama dan budaya. Hamoninya selama 52 tahun atas faktor penerimaan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Oleh itu jangan sesekali kita cuba gadaikan perpaduan dengan memainkan isu-isu sensetif.