Monday, January 18, 2010

Tahniah Dato Seri Najib


RIYADH 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu Anugerah Raja Abdulaziz Kelas Pertama, menyifatkan ia satu manifestasi hubungan yang sangat akrab antara kedua-dua negara.

Anugerah itu yang dikenali sebagai King Abdulaziz Order Of Merit (1st Class) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin negara yang memberikan sumbangan dalam merapatkan hubungan dengan Arab Saudi. Antara mereka yang pernah menerima anugerah tersebut ialah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Presiden AS, Barack Obama.
petikan dari utusan malaysia

Seluruh warga Malaysia berbangga atas pengurniaan King Abdulaziz Order Of Merit (1st Class) kepada PM 1 Malaysia kita.

No comments:

Post a Comment