Friday, January 14, 2011

Pilihan Raya Kampus Bakal Tiba


Penggal untuk kepimpinan MPP IPTA akan tamat tidak lama lagi. Masa ini yang ditunggu oleh kumpulan pemain-pemain politik kampus. Sudah pasti tahun 2011 akan turut menjadi kayu pengukur kepada kekuatan atau kelemahan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Warna-warni PRK 2011 sudah pasti akan lebih rancak dan menarik. Adakah proses menghalalkan cara akan digunakan sekali lagi bagi meraih simpati dan sokongan???



Mahasiswa dan idealis sudah tidak dapat dipisahkan. Sentiasa memerhati dan respon terhadap apa yg berkalu disekeliling. Namun dalam beradealis harus tahu batas dan ruang lingkup yang ada. Jangan hanya menjadi jaguh untuk menjuarai isu, sedangkan tidak dibuktikan dengan tindakan yang rasional dan memberi impak yang positif.

"Student Power' adalah slogan 'keramat' yang menjadi pegangan kepada kumpulan 'Gelombang oren'. Power yang sebagaimana yang dituntut??? Kuasa mengatur segala urusan universiti??? Dlam keadaan "student power' ini tiada, lahir juga graduan yang cemerlang dari segi akademik dan pembangunan diri. Ada juga yang sudah menjadi menteri dan ahli politik pada hari ini. Mahasiswa turut bebas melakukan aktiviti dan berpersatuan sampai ada yang sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang mahasiswa. Adakah slogan "student power" hanya slogan semata-mata untuk mengaburi pandangan dan pemikiran mahasiswa??? Ataupun sebagai "remote control" bagi parti politik tertentu???

Tuesday, January 11, 2011

Apa Sudah Jadi???


Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan", "There Is Hope". Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik?
Gambar: Wajah bayangan CCC bila siap sepenuhnya). Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia.