Friday, January 14, 2011

Pilihan Raya Kampus Bakal Tiba


Penggal untuk kepimpinan MPP IPTA akan tamat tidak lama lagi. Masa ini yang ditunggu oleh kumpulan pemain-pemain politik kampus. Sudah pasti tahun 2011 akan turut menjadi kayu pengukur kepada kekuatan atau kelemahan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Warna-warni PRK 2011 sudah pasti akan lebih rancak dan menarik. Adakah proses menghalalkan cara akan digunakan sekali lagi bagi meraih simpati dan sokongan???



Mahasiswa dan idealis sudah tidak dapat dipisahkan. Sentiasa memerhati dan respon terhadap apa yg berkalu disekeliling. Namun dalam beradealis harus tahu batas dan ruang lingkup yang ada. Jangan hanya menjadi jaguh untuk menjuarai isu, sedangkan tidak dibuktikan dengan tindakan yang rasional dan memberi impak yang positif.

"Student Power' adalah slogan 'keramat' yang menjadi pegangan kepada kumpulan 'Gelombang oren'. Power yang sebagaimana yang dituntut??? Kuasa mengatur segala urusan universiti??? Dlam keadaan "student power' ini tiada, lahir juga graduan yang cemerlang dari segi akademik dan pembangunan diri. Ada juga yang sudah menjadi menteri dan ahli politik pada hari ini. Mahasiswa turut bebas melakukan aktiviti dan berpersatuan sampai ada yang sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang mahasiswa. Adakah slogan "student power" hanya slogan semata-mata untuk mengaburi pandangan dan pemikiran mahasiswa??? Ataupun sebagai "remote control" bagi parti politik tertentu???

Tuesday, January 11, 2011

Apa Sudah Jadi???


Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan", "There Is Hope". Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik?
Gambar: Wajah bayangan CCC bila siap sepenuhnya). Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia.

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka ke 53

Bendera Negaraku
Alhamdulillah syukur kerana Malaysia menyabut ulang tahun yang ke 53...satu tempoh yang begitu muda jika ingin dibandingkan dengan usia dijajah selama 446 tahun.. Sesungguhnya mempertahankan kemerdekaan adalah lebih sukar dan mencabar dari mencapai kemerdekaan...
Marilah kita warga 1Malaysia mempertahankan tanah air tercinta tanpa mengira segala perbezaan yang ada..Yang penting kita ANAK MALAYSIA...

Thursday, March 18, 2010

Keluar dan keluar

DSAI hari ini sekali lagi telah keluar Dewan Rakyat apabila 'sahabat' lamanya mendedahkan segala muslihat untuk bertahta di 'Putrajaya'.

Dato Zaharain MP bayan baru dalam Dewan Rakyat telah mendedahkan segala konspirasi DSAI selama ini bagi menuju puncak kuasa di putrajaya.

Antara pendedahan yang dibuat;

-Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan. Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

-”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”

Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi

06/03/2010 6:49pm


PETALING JAYA 6 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.

Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.

Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti beragama Islam, katanya, situasi majoriti ahli panel yang beragama Kristian tidak boleh diterima kerana isu kalimah Allah membabitkan penganut agama berkenaan secara langsung. – Utusan

from utusan online

Wednesday, February 10, 2010

Berakhirnya Sebuah Penantian

Tahniah kepada BN Perak kerana telah menjadi kerajaan yang sah di sisi undang-undang.


Akhirnya Dato Sri Dr Zamry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Jawapan atas persoalan dan pertikaian yang mengeruhkan suasana politik perak telah terungkai. Mungkin ini ada hikmah yang perlu kita fikirkan bersama. Mungkin ini konsep 'ADIL' yg diterjemahkan iaitu meletakkan sesuatu di tempat yang hak.

Namun ada cakap- cakap belakang yang timbul. Sudah pasti lumrah manusia tidak akan berpuas hati apabila sesuatu itu bukan miliknya lagi. Sepatutnya perlu dimuhasabah apa hikmah disebalik yang berlaku. Bukan dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Adakah ini yang dituntut oleh ISLAM?

Seharusnya kita perlu menerima hakikat dan keputusan yang telah diputuskan. Kini masa untuk melihat ke hadapan. Pembangunan dan kebajikan rakyat jelata di perak perlu menjadi fokus utama. Semenjak BN memerintah kembali, banyak pembangunan yang telah berjaya di bawa. sebagai contoh membawa pelabur asing bagi membangunankan institusi pendidikan. Terima kasih, pujian dan sokongan harus diberi kepada kerajaan Perak.

Thursday, February 4, 2010

Pening...pening...pening...dari facebook..

Gambar- gambar ini di ambil dari laman facebook.kenapa mereka post kt aku? Mane dia orang dapat gambar ni yek? betul ker apa yang dilihat? kalau betul apa tindakan kita?


terkejut?ish...ish...betul ke ni?

kutipan amal semasa ceramah? ke mane duit itu pergi?



Subhanallah....apakah ini yg kita inginkan selama ini?


Tertunai sudah ker?

Erm.....



Terima kasih....

Menunaikan kewajipan?

Muhibbah Pakatan Rakyat?


Kadang kala semua ini tidak pernah terduga oleh kita terjadi. Adakah apa yg dilihat dihadapan mata adalah jawapan terbaik dan tepat atas segala persoalan? Sama-samalah kita renung atas apa yag telah terjadi. Jangan kerana nayamuk seekor habis rumah dibakar.