Wednesday, February 10, 2010

Berakhirnya Sebuah Penantian

Tahniah kepada BN Perak kerana telah menjadi kerajaan yang sah di sisi undang-undang.


Akhirnya Dato Sri Dr Zamry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Jawapan atas persoalan dan pertikaian yang mengeruhkan suasana politik perak telah terungkai. Mungkin ini ada hikmah yang perlu kita fikirkan bersama. Mungkin ini konsep 'ADIL' yg diterjemahkan iaitu meletakkan sesuatu di tempat yang hak.

Namun ada cakap- cakap belakang yang timbul. Sudah pasti lumrah manusia tidak akan berpuas hati apabila sesuatu itu bukan miliknya lagi. Sepatutnya perlu dimuhasabah apa hikmah disebalik yang berlaku. Bukan dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Adakah ini yang dituntut oleh ISLAM?

Seharusnya kita perlu menerima hakikat dan keputusan yang telah diputuskan. Kini masa untuk melihat ke hadapan. Pembangunan dan kebajikan rakyat jelata di perak perlu menjadi fokus utama. Semenjak BN memerintah kembali, banyak pembangunan yang telah berjaya di bawa. sebagai contoh membawa pelabur asing bagi membangunankan institusi pendidikan. Terima kasih, pujian dan sokongan harus diberi kepada kerajaan Perak.

No comments:

Post a Comment