Friday, January 14, 2011

Pilihan Raya Kampus Bakal Tiba


Penggal untuk kepimpinan MPP IPTA akan tamat tidak lama lagi. Masa ini yang ditunggu oleh kumpulan pemain-pemain politik kampus. Sudah pasti tahun 2011 akan turut menjadi kayu pengukur kepada kekuatan atau kelemahan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Warna-warni PRK 2011 sudah pasti akan lebih rancak dan menarik. Adakah proses menghalalkan cara akan digunakan sekali lagi bagi meraih simpati dan sokongan???



Mahasiswa dan idealis sudah tidak dapat dipisahkan. Sentiasa memerhati dan respon terhadap apa yg berkalu disekeliling. Namun dalam beradealis harus tahu batas dan ruang lingkup yang ada. Jangan hanya menjadi jaguh untuk menjuarai isu, sedangkan tidak dibuktikan dengan tindakan yang rasional dan memberi impak yang positif.

"Student Power' adalah slogan 'keramat' yang menjadi pegangan kepada kumpulan 'Gelombang oren'. Power yang sebagaimana yang dituntut??? Kuasa mengatur segala urusan universiti??? Dlam keadaan "student power' ini tiada, lahir juga graduan yang cemerlang dari segi akademik dan pembangunan diri. Ada juga yang sudah menjadi menteri dan ahli politik pada hari ini. Mahasiswa turut bebas melakukan aktiviti dan berpersatuan sampai ada yang sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang mahasiswa. Adakah slogan "student power" hanya slogan semata-mata untuk mengaburi pandangan dan pemikiran mahasiswa??? Ataupun sebagai "remote control" bagi parti politik tertentu???

No comments:

Post a Comment