Wednesday, January 20, 2010

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

1. Agama Islam sebagai agama rasmi;
2. Kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
4. Soal kerakyatan


Antara Perkara-Perkara yang penting

Kedudukan Agama Islam


Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)
- ekonomi : Perkara 153 (6)
- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Kewarganegaraan

Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras. Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

- Perolehan Kewarganegraan

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

- Penamatan Kewarganegaraan

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

-Peruntukan Tambahan

Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarganegaraannya:

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan
daripada negara lain

-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia
kepada negara.


Kebebasan Hak Asasi

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak-Hak Asasi ini meliputi :

Perkara 5 : Kebebasan Diri
Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa)
Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah
Perkara 8 : Hak Kesamarataan
Perkara 9 : Hak Kebebasan Bergerak
Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
Perkara 11 : Kebebasan Beragama
Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan
Perkara 13 : Hak Terhadap Harta


Penubuhan Majlis Raja-raja
Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 38(1)

Keahlian Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja hendaklah terdiri daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua bagi Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja.

Peranan Majlis Raja-raja Sebagai Pelindung Agama Islam, Bangsa Melayu dan Anak Negeri Negeri Sabah dan Sarawak.

Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.
Perkara 38 (5)

Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Perkara 153 (1)

Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat.
Perkara 3(2)

Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
Perkara 3(3)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
Perkara 3(5)

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya hak-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:

• Perkara 149 – Perbuatan Subversif
• Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat
• Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
• Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 2009

No comments:

Post a Comment